Tuesday, 1 July 2014

Ulasan Artikel 4 (Akses dan Ekuiti)

PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID AUTISTIK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH : SATU KAJIAN KES


(2010)

Ditulis oleh:

Hjh Kamaliah MuhammadWan Amimah Wan Mahmud


Akses dan Ekuiti


Ulasan:

Kajian yang bertajuk "Pelaksaan Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik di Sebuah Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes" dijalankan oleh 2 orang pengkaji untuk mengenal pasti pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid-murid autistik di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Menurut penulis, kajian yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua faktor yang mempengaruhi pelaksanaan PPI supaya ia dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut. Ini adalah kerana bagi memenuhi keperluan murid autistik yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan kepada murid-murid normal pula. Akibatnya, pelaksanaan PPI tidak memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, 2006).

Seramai dua puluh satu orang respoden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada seorang Guru Besar yang kemudiannya digantikan oleh Guru Penolong Kanan, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran, tiga orang Guru Pendamping dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM), tiga orang guru mata pelajaran, tiga orang murid autistik dan sepuluh orang murid normal. Melalui kajian ini, penulis berharap akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan PPI murid-murid autistik seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas di sekolah-sekolah harian.Hasil kajian ini telah mendapati bahawa Program Pendidikan Inklusif Murid Autistik telah mencapai matlamatnya. Didapati bahawa setelah mengikuti program ini, murid autistik berjaya menguasai kemahiran asas 3M dan boleh berkomunikasi serta tiada masalah tingkah laku berat yang boleh mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Untuk menjayakan program ini, pihak sekolah dan para guru memainkan peranan yang sangat penting. Pihak sekolah perlu membuat perancangan yang rapi sebelum mempertimbangkan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah masing-masing. Pihak pentadbir perlu peka, arif dan memahami konsep sebenar Program Pendidkan Inklusif supaya matlamatnya tercapai. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.





No comments:

Post a Comment