Tuesday, 1 July 2014

Ulasan Artikel 5 (Bahasa Pengantar)


(2003)

Ditulis oleh: 

Mohd Rasdi bin Saamah 

Bahasa Pengantar


Ulasan:

Kajian yang bertajuk "Kesediaan Guru-guru Sekolah Rendah Melaksanakan Perubahan Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Sains dan Matematik" telah dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kesediaan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah-sekolah rendah di Kelantan terhadap perubahan bahasa pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik. Kajian ini dilakukan sewaktu perubahan bahasa pengantar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003.

Perubahan terhadap dasar pendidikan negara telah berlaku sedikit demi sedikit sejak zaman Penyata Razak 1956. Dalam konteks perubahan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran, banyak kajian sebelum ini di negara-negara luar. Contohnya, perubahana bahasa pengantar telah dibuat di Hong Kong kerana berlakunya pertukaran tampuk kuasa politik daripada pemerintahan British kepada kerajaan Republik Rakyat China pada tahun 1997. Pertukaran ini turut mengubah sukatan pelajaran dalam kurikulum formal persekolahan secara beransur-ansur dalam tempoh transisi sejak tahun 1984. 

Kajian ini meninjau beberapa aspek, iaitu kelayakan akademik guru, pengalaman mengajar Sains dan Matematik, latihan profesional yang dihadiri, kecekapan guru berbahasa Inggeris dalam aspek lisan dan tulisan, kemahiran guru menggunakan komputer dan ICT, dan kesediaan sekolah dari aspek prasarana. Kajian ini juga meninjau perbezaan kesediaan antara guru-guru yang ada latihan dengan guru yang tiada latihan untuk melaksanakan inovasi tersebut. 

Hasil dapatan pengkaji boleh dirumuskan kepada beberapa bahagian:
Pertama, dapatan kajian menunjukkan guru-guru terlibat mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah rendah tetapi sebahagian besar daripada mereka berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lemah dalam aspek kecekapan lisan dan tulisan bahasa tersebut. 
Kedua, kajian ini juga mendapati lebih daripada 60.0% guru tidak mempunyai latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan bidang komputer. 
Ketiga, guru yang ada latihan profesional dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan komputer didapati lebih bersedia untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berbanding mereka yang tiada latihan tersebut. 
Ketiga, semua sekolah yang terlibat didapati telah dibekalkan prasarana asas untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, tetapi sebahagian kecil peralatan masih tidak mencukupi. 

Perubahan bahasa pengantar hanya dapat dilaksanakan dengan baik melalui pendedahan latihan-latihan profesional kepada para guru di sekolah.



No comments:

Post a Comment