Punca Jurang Pencapaian Pendidikan
(5 Julai 2014)
Artikel ini membincangkan isu kelemahan pelajar terutamanya di kalangan pelajar Melayu yang miskin di negara kita. Menurut artikel ini, kejayaan semua pelajar tidak dapat ditentukan jika hanya satu dasar atau program diaturkan. Pelbagai langkah tindakan harus dikombinasikan supaya ia lebih berkesan.
Bagaimana mengatasi masalah kemiskinan pelajar? Kita boleh mulakan dengan menanamkan pandangan atau sikap yang positif dan optimis di kalangan semua golongan yang terlibat dengan pendidikan warga muda ini. Sikap itu ialah percaya pada potensi dan kesungguhan golongan murid ini, bahawa mereka boleh dilentur dan mampu menjadi pemimpin dan pekerja yang baik, cemerlang dan berjaya. Pendidik dan ibu bapa selalu mempunyai prasangka dan gambaran stereotaip tertentu terhadap murid-murid yang gagal dan bermasalah. Sikap negatif begini mesti diatasi untuk membantu kita melaksanakan program pemulihan atau pemantapan dengan jaya.
Beberapa strategi telah dirumuskan daripada artikel ini.
Strategi pertama: kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dan mencabar murid.
- Amalan ini adalah baik dan perlu dilakukan menyedari latar belakang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Tetapi tahap dan cara isi atau kandungan subjek yang diajar tidak semestinya perlu sama untuk semua murid setiap masa.
- Aktiviti bimbingan dan peneguhan yang dijalankan oleh sekolah mesti lebih tertumpu kepada 'gerak gempur' Sains dan Matematik dan kurang untuk bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia.
- Kajian menunjukkan guru yang dedikasi, cekap dan mahir mengajar dapat merubah prestasi dan disiplin diri pelajar.
No comments:
Post a Comment