(2012)
Ditulis oleh,
Nur Hafizoh Idrisa & Rohana Hamzaha
Professional Teaching Standards |
Abstrak:
Guru berkualiti mampu melahirkan insan berkualiti. Oleh itu kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan nilai profesionalisme bakal guru berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Tahap amalan nilai profesionalisme bakal guru ini dikaji berdasarkan tiga daripada 14 elemen domain diri iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepimpinan dan kemahiran interpersonal dan intrapersonal. Penyelidikan deskriptif ini mengunakan rubrik telah diubah suai berdasarkan kepada SGM dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi ialah 0.87. 188 orang pelajar tahun akhir iaitu bakal guru di UTM Skudai, Johor terlibat sebagai responden kajian. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 16.0)telah digunakan untuk menganalisis data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan purata keseluruhannya tahap amalan profesionalisme keguruan berteraskan SGM adalah berada pada tahap yang baik atau sederhana dengan nilai min 3.31 dengan elemen kepimpinan memperolehi kekerapan terendah. Analisis terperinci terhadap elemen kepercayaan kepada Tuhan menunjukkan sub-item menerapkan kepercayaan kepada Tuhan kerana guru menyakini ia adalah nilai tertinggi dalam pembentukan seorang insan juga memperolehi kekerapan yang terendah. Dapatan menarik ini menunjukkan bakal guru kurang jelas bahawa penerapan kesedaran dan keyakinan terhadap kewujudan Tuhan adalah nilai tertinggi yang menjadi prasyarat untuk melahirkan insan berakhlak mulia. Oleh itu kajian ini mencadangkan untuk memantapkan penerapan nilai profesionalisma bakal guru melalui program pelatihan pendidik agar mereka lebih memahami tujuan sebenar proses pendidikan ialah melahirkan pemimpin berakhlak mulia berteraskan nilai tertinggi iaitu kepercayaan kepada Tuhan.
Ulasan:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan nilai profesionalisme bagi bakal guru dengan berteraskan kepada Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Amalan nilai profesionalisme keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM dan Tonggak Dua Belas.
Hasil dapatan boleh dirumuskan kepada beberapa perkara penting:
No comments:
Post a Comment