Friday, 4 July 2014

Ulasan Artikel 7 (TIMSS)

(2004)

Ditulis oleh:

Hui Peng Liew & Suet-ling Pong 


TIMSS 2015



Kajian yang bertajuk "Mathematics and Science Achievement in Malaysia" membincangkan tentang tahap pencapaian murid di Malaysia dalam subjek sains dan matematik dengan menjalankan penganalisian ke atas keputusan dalam TIMSS (Third International Mathematics and Science). Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan keputusan TIMSS yang telah dijalankan pada tahun 1999.


Hasil bacaan kajian ini telah mendapati bahawa murid bukan berbangsa melayu telah mencapai keputusan yang lebih baik berbanding dengan murid melayu. Walau bagaimanapun, adalah didapati bahawa murid bukan melayu tidak menunjukkan pencapaian yang baik dalam subjek sains.

Selain itu, hasil kajian turut mendapati bahawa murid lelaki menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam subjek matematik dan sains berbanding dengan murid perempuan. Penyelidik telah mengatakan bahawa bahawa pencapaian murid yang baik dalam subjek matematik mungkin disebabkan faktor ibu bapa. Murid-murid yang terdiri daripada keluarga angkat atau mempunyai salah seorang ibu atau bapa tiri didapati memberikan kesan negatif kepada pencapaian murid dalam matematik. Sebaliknya, perkara seperti ini tidak berlaku bagi subjek sains.

Secara kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pencapian murid dalam TIMSS yang kurang memuaskan di kalangan murid Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara yang paling utama ialah jurang pendidikan yang wujud antara murid bandar dan luar bandar.

Akhir sekali, penyelidik membuat beberapa cadangan untuk meningkatkan prestasi murid dalam pencapaian TIMSS. Penyelidik mencadangkan supaya polisi pendidikan di negara kita diperbaiki supaya setaraf dengan tahap pendidikan antarabangsa dan menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan prestasi murid sekolah kita.

 


No comments:

Post a Comment