Teacher Certification
Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar ke atas kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) yang melibatkan 928 orang guru di 22 buah sekolah menengah dalam empat daerah. Menerusi analisis ANOVA, mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru di kalangan guru-guru mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding guru-guru keluaran program lain. Manakala guru-guru yang telah mengajar melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Implikasi dapatan kajian juga dibincangkan.
Ulasan:
Kajian yang bertajuk "Pengaruh Kelayakan Guru ke atas Efikasi Guru-Guru Sekolah Menengah" bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan guru-guru Malaysia, iaitu pengalaman mengajar dan jenis latihan ke atas efikasi guru.
"Didapati bahawa kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa guru-guru di negara kita kurang bersedia dengan masalah pengajaran dan kerap menganggap diri mereka tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al., 1999, Cains & Brown, 1996, Martin et al, 1999)."
Pengkaji berharap melalui kajian ini, murid dapat meningkatkan pencapian akademik mereka dan guru-guru dapat menjadi panduan untuk meningkatkan profesionalisme. Selain itu, diharap guru-guru senior dapat memberikan bimbingan kepada guru-guru yang baru untuk meningkatkan efikasi pengajaran mereka.
Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding guru-guru keluaran program lain. Selain itu, guru-guru yang telah mengajar melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun.
Melalui kajian ini, pengkaji berharap pengaruh faktor-faktor kelayakan guru ke atas kepercayaan efikasi guru dapat membolehkan kalangan pentadbir dan guru mempelajari serta memahami pola perbezaan efikasi sekolah menengah.
|
No comments:
Post a Comment