Monday, 30 June 2014

Ulasan Artikel 3 (Penggunaan ICT)


Ditulis oleh: 

Saharani bt. Abdullah

Nazila bt. Abdullah

Siti Rafidah bt. Bachok

R.Kalyani



ICT


Ulasan:

Tajuk kajian "INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: CIRI-CIRI DAN APLIKASINYA" ditulis oleh empat orang penulis tempatan di sebuah universiti tempatan yang membincangkan tentang kepentingan penggunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseruluhannya, kertas kerja ini memaparkan dalam teks utamanya ciri-ciri internet yang membolehkan ia dianggap sebagai media pengajaran dan pembelajaran dan memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di dalam sektor pendidikan. Teks utama ini diikuti dengan perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Dari perbincangan yang dibentangkan ternyata bahawa kebergunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran masih boleh dipertikaikan.

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Daripada kertas kerja ini, pelbagai jenis media pengajaran yang digunakan dalam telah disenaraikan, iaitu alat tayangan,audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks, menggunakanmedia elektronik yang lebih sofistikated seperti slaid, filem, video dan komputer. Media yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan komputer atas talian (internet). Penulis telah menyenaraikan beberapa faktor yang menyumbang kepada kepopularan ini, iaitu kesediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Definisi terhadap perkataan "media" telah diberikan oleh beberapa orang pengkaji lepas. Kassim Abbas (1989) mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis dan bentuk sumber/bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ismail (2002) mengatakan bahawa media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dikait rapatkan dengan komputer dan ICT. Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan dengan beribu bahkan berjuta jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan komputer peribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung dengannya boleh melakukan komunikasi diantara satu sama lain (Brace, 1997). 

Aplikadi dan ciri-ciri internet sebagai media pengajaran boleh diringkaskan seperti yang berikut:

  • Mel Elektronik (E-Mail)
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar dan pihak jabatan serta kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya dan menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang digunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Bagi pihak pelajar pula, Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latarbelakang negara mengenai berbagai isu semasa, mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara, dan memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

  • Laman Web ( World Wide Web)
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Melalui laman web, para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibu-bapaan dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam lagi. 

  • Internet Relay Chat
Internet Relay Chat (IRC)  merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesama sendiri dengan menggunakan papan kekunci. Walau bagaimanapun, menurut penulis-penulis kertas ini, sudah terdapat perisian yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan bantuan beberapa alatan tambahan. Komunikasi seperti ini sering disebut sebagai telesidang (video conferencing). 

  • Telnet
Telnet ialah kemudahan menggunakan komputer yang berlokasi di benua lain, seolah-olah sama seperti menggunakan komputer yang ditempatkan dalam sebuahbangunan yang sama. Telnet bertindak sebagai agen pertengahan di antara kedua-duanya. Dengan itu semua yang ditaip menggunakan papan kekunci akan dihantar kepada komputer yang dihubungi manakala semua yang dipaparkan oleh komputer yang dihubungi itu akan dipaparkan di skrin di hadapan pengguna.

  • Kumpulan berita dan diskusi
Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Dalam bidang pendidikan, pendidik boleh menyertai  beribu-ribu kumpulan diskusi mengikut minat mereka. Sebagai contoh, pengkalan data yang terdapat di internet ialah ERIC dan Test Collection yang disenggara di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, Universiti Teknologi Malaysia dan universiti-universiti tempatan yang lain juga menyediakan katalog bagi berbagai-bagai dokumen elektronik.

Seterusnya, penulis-penulis kertas ini telah mengulas tentang penggunaan internet sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Di peringkat sekolah, aplikasi internet adalah seperti mendapatkan rancangan pengajaran oleh para guru seluruh pelusuk dunia, pelbagai maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan. Selain itu, internet juga berperanan sebagai tempat perkongsian maklumat dan saluran komunikasi.

Akhirnya, penulis-penulis kertas kajian ini mengatakan bahawa kebergunaan ciri-ciri internet kepada pelajar di negara kita masih terhad. Maka, apa-apa usaha ke arah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu diutamakan.





No comments:

Post a Comment