(2013)
Ditulis oleh:
Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh,
Norul Haida Reduzan

Teaching Approaches

Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari kaca mata guru sains dan matematik. Kajian ini melibatkan lima orang guru, tiga orang guru sains dan dua orang guru matematik dari tiga buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian kualitatif ini, dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa guru sains dan matematik telah biasa menjalankan kaedah pengajaran konstruktivisme dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. Antaranya ialah masa yang tidak mencukupi, silibus, dan bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme guru mencadangkan agar, silibus sains dan matematik dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik serta memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh.
Ulasan:
Kajian ini dijalankan oleh 5 orang pengkaji tempatan. Dalam kajian ini, pengkaji-pengkaji menjalankan kajian kepada pendekatan konstrutivisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dengan menguji kekuatan dan kelemahan pendekatan ini.
Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Menurut Suriaty & Nor Hazian (2002),
"konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia."
"konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia."
Dalam laporan ini, pengkaji-pengkaji telah menyatakan bahawa "pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains." Pernyataan yang ditujukan oleh pengkaji-pengkaji ini telah mendapat sokongan daripada laporan yang dijalankan oleh pengkaji lepas sama ada di luar negara atau negara kita sendiri.
- Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang boleh membina pengalaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
- Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005) mengatakan bahawa corak pembelajaran konstruktivisme dapat membantu murid merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak.
- Jones dan Arage (2002) mendapati konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk menyediakan pembelajaran yang aktif, membentuk prakonsep sendiri, perkembangan minda secara kompleks dan mendalam untuk pemahaman yang kukuh dan jelas.
Hasil bacaan kajian ini, beberapa kesimpulan dapat dibuat.
Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan pendekatan konstruktivisme sebenarnya adalah tidak asing bagi guru sains dan matematik. Guru-guru telah menjelaskan bahawa mereka sudah biasa dengan pendekatan ini, dan tidak dinafikan pendekatan ini sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memantapkan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam PdP Sains dan Matematik, beberapa langkah mesti diambil. Guru harus didedahkan dengan kursus kemahiran melaksanakan pendekatan ini. Guru-guru mesti selalu menjalankan perbincangan di bersama Guru Pakar dan Guru Cemerlang. Ini disebabkan Guru Pakar dan Guru Cemerlang akan menjadi pemangkin kepada aktiviti perbincangan dan percambahan pemikiran di kalangan guru-guru supaya dapat merangsang peguasaan dan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik. Pihak sekolah haruslah menyediakan kemudahan sewajarnya kepada murid untuk membantu mereka mendapatkan ilmu pengetahuan. Pusat sumber sekolah mestilah dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan kepada murid dan haruslah menyediakan kemudahan seperti internet untuk murid memperoleh lebih banyak ilmu di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini.
Rumusannya, pada pendapat saya, tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme mesti ditingkatkan untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam kelas. Semua pihak wajar berganding erat untuk membantu bagi menjayakan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Saya menyeru kepada pihak kementerian dan institusi pendidikan supaya mempertimbangkan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji dalam penggunaan pendekatan konstruktivisme untuk memperkembangkan taraf pendidikan ke arah bertaraf dunia.

No comments:
Post a Comment