Saturday, 5 July 2014

Ulasan Artikel 11 (Kurikulum)

Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia


Ditulis oleh:


Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad 





Mengikut kajian ini, kurikulum perlu dinilai dari semasa ke semasa untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud dan membaiki proses pengajaran dan pembalajaran (PdP). Maka, pengkaji telah menjalankan satu kajian untuk menilai kurikulum bagi program SPM dan SPN di Universiti Teknologi Malaysia (Johor) dengan tajuk kajian "Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Teknologi Malaysia". Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan program yang diambil di UTM dapat memenuhi keperluan sebagai seorang guru. Soal selidik telah digunakan untuk kajian ini.


Menerusi jawapan-jawapan pada soal selidik yang diedarkan, pelajar-pelajar telah memberikan pandangan mereka kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari di UTM. Pada keseluruhannya, tinjauan yang dibuat telah menggariskan beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kursus bagi program SPM dan SPN. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah kandungan pelajaran di UTM dari segi kerelevanan kursus teras program dengan subjek di sekolah, kesukaran isi pelajaran dengan kursus yang ditawarkan dan tugasan yang diberikan.

Kekuatan-kekuatan turut digariskan dalam kajian ini. Antaranya, pengetahuan pensyarah yang mendalam dan aktiviti kokurikulum memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan tambahan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan meningkatkan perkhidmatan program yang ditawarkan.
















No comments:

Post a Comment