Saturday, 5 July 2014

Ulasan Artikel 12 (Jurang Pencapaian)

Punca Jurang Pencapaian Pendidikan

(5 Julai 2014)



Artikel ini membincangkan isu kelemahan pelajar terutamanya di kalangan pelajar Melayu yang miskin di negara kita. Menurut artikel ini, kejayaan semua pelajar tidak dapat ditentukan jika hanya satu dasar atau program diaturkan. Pelbagai langkah tindakan  harus dikombinasikan supaya ia lebih berkesan.

Bagaimana mengatasi masalah kemiskinan pelajar? Kita boleh mulakan dengan menanamkan pandangan atau sikap yang positif dan optimis di kalangan semua golongan yang terlibat dengan pendidikan warga muda ini. Sikap itu ialah percaya pada potensi dan kesungguhan golongan murid ini, bahawa mereka boleh dilentur dan mampu menjadi pemimpin dan pekerja yang baik, cemerlang dan berjaya. Pendidik dan ibu bapa selalu mempunyai prasangka dan gambaran stereotaip tertentu terhadap murid-murid yang gagal dan bermasalah. Sikap negatif begini mesti diatasi untuk membantu kita melaksanakan program pemulihan atau pemantapan dengan jaya.

Beberapa strategi telah dirumuskan daripada artikel ini. 

Strategi pertama: kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dan mencabar murid.
  • Amalan ini adalah baik dan perlu dilakukan menyedari latar belakang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Tetapi tahap dan cara isi atau kandungan subjek yang diajar tidak semestinya perlu sama untuk semua murid setiap masa.
Strategi kedua: memberi bantuan kepada pelajar yang lemah.
  • Aktiviti bimbingan dan peneguhan yang dijalankan oleh sekolah mesti lebih tertumpu kepada 'gerak gempur' Sains dan Matematik dan kurang untuk bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia.
Strategi ketiga: penempatan guru-guru terbaik di sekolah yang memerlukan bantuan.
  • Kajian menunjukkan guru yang dedikasi, cekap dan mahir mengajar dapat merubah prestasi dan disiplin diri pelajar. 


Ulasan Artikel 11 (Kurikulum)

Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia


Ditulis oleh:


Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad 





Mengikut kajian ini, kurikulum perlu dinilai dari semasa ke semasa untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud dan membaiki proses pengajaran dan pembalajaran (PdP). Maka, pengkaji telah menjalankan satu kajian untuk menilai kurikulum bagi program SPM dan SPN di Universiti Teknologi Malaysia (Johor) dengan tajuk kajian "Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Teknologi Malaysia". Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan program yang diambil di UTM dapat memenuhi keperluan sebagai seorang guru. Soal selidik telah digunakan untuk kajian ini.


Menerusi jawapan-jawapan pada soal selidik yang diedarkan, pelajar-pelajar telah memberikan pandangan mereka kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari di UTM. Pada keseluruhannya, tinjauan yang dibuat telah menggariskan beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kursus bagi program SPM dan SPN. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah kandungan pelajaran di UTM dari segi kerelevanan kursus teras program dengan subjek di sekolah, kesukaran isi pelajaran dengan kursus yang ditawarkan dan tugasan yang diberikan.

Kekuatan-kekuatan turut digariskan dalam kajian ini. Antaranya, pengetahuan pensyarah yang mendalam dan aktiviti kokurikulum memberikan kemahiran dan ilmu pengetahuan tambahan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan meningkatkan perkhidmatan program yang ditawarkan.
















Ulasan Artikel 10 (Penilaian)



Ditulis Oleh: 

Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman 





Kajian ini ditulis oleh 3 orang pengkaji tempatan dengan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah tempatan. Menurut pengkaji, pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam prosed PdP. Pernyataan ini telah disokong oleh pernyataan daripada Akhbar Ibrahim dan Siti Zaliha Reduan (2002) yang menyatakan bahawa pentaksiran bertulis atau pertaksiran lisan dijalankan sepanjang pelajaran sehinggalah akhir tahun.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen 'Inventori Amalan Pentaksiran Guru (IAPG) yang terdiri daripada tiga bahagian utama yang mengumpul maklumat tentang latar belakang guru, latihan dan pengetahuan pentaksiran guru. Daripada hasil kajian, didapati bahawa kebanyakan guru sekolah sudah memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan. Didapati bahawa guru-guru sering menggunakan bentuk pentaksiran yang berbentuk ujian objektif aneka pilihan. Pengkaji turut mengatakan bahawa guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan tidak mengamalkan pentaksiran yang berbeza. 


Pengkaji telah membuat satu kesimpulan hasil daripada kajian mereka. Didapati bahawa guru-guru dalam kajian ini menunjukkan kesediaan dalam menjalankan pentaksiran terhadap pembelajaran pelajar. Maka, pengkaji berhasrat menjalankan lebih banyak kajian yang serupa terhadap aspek pentaksiran yang khas untuk membantu PdP pelajar.