Ditulis Oleh: Fulya Yüksel-Şahin
![]() |
Kebimbangan Matemaik |
Abstrak:
Ulasan:
Kajian ini menggunakan sampel murid tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah rendah. Seramai 249 murid telah melibatkan diri dalam kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sama ada kebimbangan matematik di kalangan murid berbeza dengan berdasarkan kepada beberapa faktor. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah “The Mathematics Anxiety Scale for Elementary School Students” dan “The Personal Information Form” untuk mengutip data.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah. Antaranya:
- Ketidakselesaan murid-murid.
- Faktor persekitaran.
- Sikap guru.
Daripada dapatan kajian, adalah jelas menunjukkan bahawa terdapat perkaitan di antara kebimbangan matematik dengan faktor jantina. Keputusan pengkaji menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi daripada lelaki. Walau bagaimanapun, didapati keputusan pengkaji tidak disokong oleh kajian-kajian lepas. Menurut kajian yang dijalankan oleh Newstead (1998), tiada terdapat perkaitan di antara jantina dengan kebimbangan matematik. Keputusan ini turut turut disokong oleh Rexses (1995) dan Gierl and Bisanz (1995) yang mengatakan bahawa tiada perbezaan bagi skor kebimbangan matematik antara murid lelaki dan murid perempuan.
Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa murid yang mempunyai "minat" yang tinggi terhadap guru matematik mereka menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih rendah berbanding murid yang tidak mempunyai "minat" terhadap guru matematik mereka. Pernyataan pengkaji telah disokong oleh seorang pengkaji tempatan, iaitu Nur A’ain et al (2009) yang mengatakan bahawa guru merupakan faktor yang paling penting dalam kebimbangan matematik di kalangan murid.
Dalam bahagian terakhir, pengkaji telah mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk mengatasi kebimbangan matematik di kalangan murid-murid. Antara cadangan beliau ialah kaedah Woodard, iaitu menyediakan keadaan persekitaran yang tidak mengancam dalam bilik darjah untuk mengurangkan tahap kebimbangan matematik di kalangan murid. Menurut pengkaji lagi, persekitaran yang selamat dan selesa akan dapat membantu murid dalam menangani masalah kebimbangan matematik dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment