Monday, 30 June 2014

Ulasan Artikel 3 (Penggunaan ICT)


Ditulis oleh: 

Saharani bt. Abdullah

Nazila bt. Abdullah

Siti Rafidah bt. Bachok

R.Kalyani



ICT


Ulasan:

Tajuk kajian "INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: CIRI-CIRI DAN APLIKASINYA" ditulis oleh empat orang penulis tempatan di sebuah universiti tempatan yang membincangkan tentang kepentingan penggunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseruluhannya, kertas kerja ini memaparkan dalam teks utamanya ciri-ciri internet yang membolehkan ia dianggap sebagai media pengajaran dan pembelajaran dan memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di dalam sektor pendidikan. Teks utama ini diikuti dengan perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Dari perbincangan yang dibentangkan ternyata bahawa kebergunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran masih boleh dipertikaikan.

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Daripada kertas kerja ini, pelbagai jenis media pengajaran yang digunakan dalam telah disenaraikan, iaitu alat tayangan,audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks, menggunakanmedia elektronik yang lebih sofistikated seperti slaid, filem, video dan komputer. Media yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan komputer atas talian (internet). Penulis telah menyenaraikan beberapa faktor yang menyumbang kepada kepopularan ini, iaitu kesediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran.

Definisi terhadap perkataan "media" telah diberikan oleh beberapa orang pengkaji lepas. Kassim Abbas (1989) mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis dan bentuk sumber/bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ismail (2002) mengatakan bahawa media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dikait rapatkan dengan komputer dan ICT. Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan dengan beribu bahkan berjuta jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan komputer peribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung dengannya boleh melakukan komunikasi diantara satu sama lain (Brace, 1997). 

Aplikadi dan ciri-ciri internet sebagai media pengajaran boleh diringkaskan seperti yang berikut:

  • Mel Elektronik (E-Mail)
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar dan pihak jabatan serta kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya dan menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang digunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Bagi pihak pelajar pula, Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latarbelakang negara mengenai berbagai isu semasa, mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara, dan memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

  • Laman Web ( World Wide Web)
Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Melalui laman web, para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibu-bapaan dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam lagi. 

  • Internet Relay Chat
Internet Relay Chat (IRC)  merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesama sendiri dengan menggunakan papan kekunci. Walau bagaimanapun, menurut penulis-penulis kertas ini, sudah terdapat perisian yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan bantuan beberapa alatan tambahan. Komunikasi seperti ini sering disebut sebagai telesidang (video conferencing). 

  • Telnet
Telnet ialah kemudahan menggunakan komputer yang berlokasi di benua lain, seolah-olah sama seperti menggunakan komputer yang ditempatkan dalam sebuahbangunan yang sama. Telnet bertindak sebagai agen pertengahan di antara kedua-duanya. Dengan itu semua yang ditaip menggunakan papan kekunci akan dihantar kepada komputer yang dihubungi manakala semua yang dipaparkan oleh komputer yang dihubungi itu akan dipaparkan di skrin di hadapan pengguna.

  • Kumpulan berita dan diskusi
Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Dalam bidang pendidikan, pendidik boleh menyertai  beribu-ribu kumpulan diskusi mengikut minat mereka. Sebagai contoh, pengkalan data yang terdapat di internet ialah ERIC dan Test Collection yang disenggara di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula, Universiti Teknologi Malaysia dan universiti-universiti tempatan yang lain juga menyediakan katalog bagi berbagai-bagai dokumen elektronik.

Seterusnya, penulis-penulis kertas ini telah mengulas tentang penggunaan internet sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Internet sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Di peringkat sekolah, aplikasi internet adalah seperti mendapatkan rancangan pengajaran oleh para guru seluruh pelusuk dunia, pelbagai maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan. Selain itu, internet juga berperanan sebagai tempat perkongsian maklumat dan saluran komunikasi.

Akhirnya, penulis-penulis kertas kajian ini mengatakan bahawa kebergunaan ciri-ciri internet kepada pelajar di negara kita masih terhad. Maka, apa-apa usaha ke arah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu diutamakan.





Saturday, 28 June 2014

Ulasan Artikel 2 (Budaya Sekolah)

(2011)


Budaya Sekolah
Abstrak: 
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Seramai 234 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok iaitu kluster atas kluster di lima buah sekolah menengah sekitar daerah Pontian, Johor. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.953. Soal selidik berkaitan dengan budaya formal sekolah diambil dan diubah suai dari borang pengesanan iklim atau budaya formal sekolah yang dibina oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1988). Manakala soal selidik berkaitan gaya pembelajaran pelajar diambil dan diubah suai dari soal selidik Barbe Modality Index yang telah dibina oleh Barbe (1985). Statistik deskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan serta mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson pada paras signifikan 0.05 digunakan untuk mengetahui hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, ujian-t digunakan untuk mengetahui perbezaan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran mengikut lokasi sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa budaya formal sekolah yang paling dominan adalah budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial. Manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan adalah gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek visual. Selain itu, terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah guru dan pelajar harus mengenal pasti budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar agar dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Ulasan:


Jurnal yang bertajuk "Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah" bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Penyelidik ingin mengenal pasti budaya sekolah yang paling dominan dengan berdasarkan kepada aspek fizikal, sosial dan budaya ilmuu. Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dengan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, pengkaji turut menjalankan kajian tentang sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara budaya formal sekolah mengikut lokasi sekolah. Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapatannya akan dapat membantu guru dalam meningkatkan pengajaran sebagai langkah untuk mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran yang efektif.

Banyak kajian lepas telah dijalankan. Menurut kajian oleh Shafini (2005), beliau menyatakan bahawa budaya sekolah yang selamat akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Menurut Marimuthu (1990) yang dipetik oleh oleh Shafini (2005), budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain. 


Beberapa rumusan boleh dibuat daripada hasil kajian penyelidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Bagi meningkatkan pencapaian pelajar, penyelidik telah mencadangkan bahawa pihak sekolah hendaklah memastikan sekolah merupakan tempat yang kondusif dan sesuai untuk sesi pembelajaran dan pengajaran pelajar. Kemudahan yang lengkap hendaklah disediakan bagi menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Penguatkuasaan disiplin sekolah adalah amat penting bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis. Murid-murid hendaklah diterapkan dengan nilai-nilai murni bagi menghasilkan sahsiah murid yang cemerlang. 


Pada pendapat saya, kecemerlangan seseorang murid dalam pelajaran adalah bergantung kepada usaha guru dan daya pembelajaran murid sendiri. Guru harus mempelbagaikan gaya pengajaran untuk menarik minat murid-murid supaya sesetengah daripada mereka tidak berasa tersisih di sekolah mahupun di bilik darjah. Pihak sekolah pula harus memperbaiki tahap budaya formak sekolah ke tahap yang lebih tinggi yang menitikberatkan aspek pengajaran dan pembelajaran pelajar. 










Ulasan Artikel 1 (Kebimbangan Matematik)


Ditulis Oleh: Fulya Yüksel-Şahin




Kebimbangan Matemaik


Abstrak:

Using a sample of 4th and 5th graders, this study investigated whether students’ mathematics anxiety differed significantly according to a group of variables. A total of 249 students participated in the study. “The Mathematics Anxiety Scale for Elementary School Students” and “The Personal Information Form” were used for data collection. Independent samples t-tests, Oneway Anova and Schefee test were used to analyze the data. Results showed that students’ mathematics anxiety differed significantly according to gender, whether they liked mathematics class or not, whether they liked their mathematics teachers or not and the achievement level in mathematics. Female students reported significantly higher mathematics anxiety than males. Students who liked mathematics class and those who liked their mathematics teachers had lower anxiety. Students with higher achievement in mathematics reported lower degrees of mathematics anxiety. However, results did not show any significant difference in students’ mathematics anxiety with respect to their grade level and gender-stereotypes about success in mathematics. 


Ulasan:

Artikel "Mathematics Anxiety among 4TH And 5TH Grade Turkish Elementary School Students" ditulis dan dilaksanakan oleh Fulya Yuksel-Sahin pada tahun 2008. Kajian ini membincangkan tentang kebimbangan matematik di kalangan murid Turkish tahap 4 dan 5 di sekolah rendah. 

Kajian ini menggunakan sampel murid tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah rendah. Seramai 249 murid telah melibatkan diri dalam kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sama ada kebimbangan matematik di kalangan murid berbeza dengan berdasarkan kepada beberapa faktor. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah “The Mathematics Anxiety Scale for Elementary School Students” dan “The Personal Information Form” untuk mengutip data.


Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan kebimbangan matematik di kalangan murid sekolah rendah. Antaranya:  
  • Ketidakselesaan murid-murid.
Pernyataan pengkaji ini telah disokong oleh Hasbee et al(2009) yang menyatakan bahawa murid sering melalui kegagalan dalam prestasi mereka kerana resah dan berasa tidak selamat terhadap matematik.

  • Faktor persekitaran. 
Murid-murid sekolah rendah mengalami tekanan yang kuat daripada ibu bapa dan pihak guru yang selalu mengharapkan pencapaian yang baik dan tinggi. Ibu bapa sangat mementingkan pencapaian markah. Tekanan yang terlalu kuat menyebabkan murid-murid sekolah rendah mengalami tanggapan yang negatif terhadap matematik dan semakin tidak meminati matapelajaran ini. 
  • Sikap guru.
Dalam kajian ini lagi, pengkaji telah menyatakan bahawa pengalaman negatif terhadap matapelajaran matematik sewaktu zaman persekolahan menyumbang kepada kebimbangan matematik di kalangan murid-murid sekolah rendah. Untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian matematik di kalangan murid-murid, sesetengah guru telah "mengugut" murid-murid. Kesannya,  murid-murid takut untuk bertanya dan menjawab soalan yang diberikan.

Daripada dapatan kajian, adalah jelas menunjukkan bahawa terdapat perkaitan di antara kebimbangan matematik dengan faktor jantina. Keputusan pengkaji menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai tahap kebimbangan yang lebih tinggi daripada lelaki. Walau bagaimanapun, didapati keputusan pengkaji tidak disokong oleh kajian-kajian lepas. Menurut kajian yang dijalankan oleh Newstead (1998), tiada terdapat perkaitan di antara jantina dengan kebimbangan matematik. Keputusan ini turut turut disokong oleh Rexses (1995) dan Gierl and Bisanz (1995) yang mengatakan bahawa tiada perbezaan bagi skor kebimbangan matematik antara murid lelaki dan murid perempuan. 

Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa murid yang mempunyai "minat" yang tinggi terhadap guru matematik mereka menunjukkan tahap kebimbangan yang lebih rendah berbanding murid yang tidak mempunyai "minat" terhadap guru matematik mereka. Pernyataan pengkaji telah disokong oleh seorang pengkaji tempatan, iaitu Nur A’ain et al (2009) yang mengatakan bahawa guru merupakan faktor yang paling penting dalam  kebimbangan matematik di kalangan murid. 

Dalam bahagian terakhir, pengkaji telah mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk mengatasi kebimbangan matematik di kalangan murid-murid. Antara cadangan beliau ialah kaedah Woodard, iaitu menyediakan keadaan persekitaran yang tidak mengancam dalam bilik darjah untuk mengurangkan tahap kebimbangan matematik di kalangan murid. Menurut pengkaji lagi, persekitaran yang selamat dan selesa akan dapat membantu murid dalam menangani masalah kebimbangan matematik dengan lebih baik.